Friday, April 23, 2010

Marah itu jalannya.

Satu hari...setelah pulang ke rumah dari 'library' dalam keadaan penat aku ingin sempurnakan solat asar...sebelum mengangkat wuduk, aku masuk ke dapur dan kelihatan housmateku dengan baju baru dan aku dengan spontan :

aku:"baju baru eh?"..
dia:"cantik x?"...
aku:"lawa2"...
dia:"ye ye je ko lawa"...
aku:"kalau camtu baik ko xyah tanya" (dengan nada yang agak serius).

aku tetiba senyap dan "adakah aku sedang marah?" sekadar monolog dalaman. Penat bukanlah alasan untuk aku marah. Senangnya syaitan menghasut.. Mungkin syaitan berseronok dan ingin meneruskan agendanya. Aku segera berwuduk untuk solat.




Teringat aku pada cerita bila mana Ummul Mukminin Aisyah r.a difitnah. Terjadinya fitnah secara tidak langsung kepada Rasulullah, dan seluruh Umat Islam dan lebih berat lagi kepada Islam, agama yang diancam hebat ketika itu.

Abu Bakar sebagai pendokong kuat islam ketika itu, bapa mertua kepada Rasulullah dan ayah kepada Ummul Mukminin, puterinya, sepatutnya orang pertama yang harus melenting dan marah atas kejadian tersebut..

Ini bukanlah soal fitnah biasa seperti gossip-gossip murahan artis dan fitnah jenaka yang dianggap sebagai lawak, tetapi fitnah besar kepada Islam.

"Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya.

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya"
(asy syura 42: 36-37)

Marah dan Maaf berada diatas neraca pertimbangan Abu Bakar dan beliau bukan memilih untuk bertenang sahaja malah memaafkan. Maaf diberikan kepada siapa yang tidak layak baginya untuk menerimanya atas perbuatan salahnya.

Dari Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah saw:

"Berilah aku nasihat." Baginda menjawab, "jangan marah". Maka diulangnya beberapa kali, kemudian Rasulullah bersabda, "Jangan marah!"

(h.r Bukhari- Terjemahan hadis Arba'in Annawawi)


Betapa senangnya syaitan memasuki dan menjerat hati yang sedang marah.. kerana daripada marah bercambah kejahatan-kejahatan yang lain. Marah dan bertenang ketika sedang marah bukanlah benda yang senang apatah lagi MEMAAFKAN tetapi itulah orang yang dijanjikan nikmat disisi Allah.


Sama-sama mengawal kemarahan dan terus menghamburkan kemaafan.