Monday, March 12, 2012

too bad to say something

assalamulaykum wrt
alhamdulillah, wassalatu wassalamu ala rasuulillah.

after months pausing from writing something, i decided to just jot down a few words about what i really feel at the moment

Now when looking at the wall of facebook there are abundant of islamic and religious statuses and updates by friends. Seems like Islam is the priority for everyone.Alhamdulillah

Yes, world now is hungry for Islam and everybody try to talk about islam.. hurrying doing good deeds and forbidding the munkar. everybody try to make a change in life and many of them mujahadah trying to be istiqamah on this blessed road (may allah rewards them jannah).

Not few of us feel very pleasant with the level iman they possess. sometimes it is just our bogus feeling and fake chimera. only Almighty God knows and He is the only one that can Judge. Having no respect for others, freely downgrading people, great in preaching but opposite when it comes to 'amal.

Remember that Allah did forgive the sin of Adam a.s because of his mistake in controlling his desire but CURSE the Iblis for his arrogant and felt he is better than anyone else.

May Allah rewards those who are sincere on His path and gives the strength to those who are returning sincerely to their Lord.


Thursday, May 13, 2010

Adil ke??


Pernah kah kita mempersoalkan keadilan seseorang?? Mungkin anda baik...sebab tulah xpernah..(hehe)
Kerajaan sebagai contoh membiarkan penduduk yang mendiami kawasan pedalaman...
Cikgu yang berlaku berat sebelah...
Kadang-kadang ada yang membangkitkan ketidakadilan ibubapa masing-masing..

yang pasti, manusia memang tidak pernah berpuas hati...
Mungkin bukan kalian, tetapi ada yang berlantang suara mempersoalkan keadialan Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Agung dalam merancang dan melaksanakan...

Sama-sama kita memikirkan satu keadaan yang skopnya sangat kecil...
Si A berteman dengan Si B...teman yang sangat rapat...
sehinggakan Si A sanggup melakukan apa sahaja demi Si B, jika susah dibantu, jika berat dijinjing, jika sedih di hiburkan, jika lemah di pangku, jika sakit di rawat....
tiba-tiba pada suatu hari Si A melakukan kesalahan, yang bagi Si B kesalahan itu dikira sebagai mencabar persahabatan mereka...

Si B meradang dan menjauhi Si A... persoalan timbul, adilkah si B? Jangan cepat lupa Si B jasa-jasa si A...lemah sungguh ingatan si B untuk mengingati jasa orang padanya..

Kadang-kadang kitalah Si B. owh..Mungkin anda baik, ok, kadang2 penulis lah si B..[hehe =)]...

Jika pernah terguris dengan kelakuan teman, fikirlah kebaikannya sebelum meradang..."Adilkah aku untuk menghukum dia sebegitu setelah begitu banyak jasanya pada aku"...

Kadang-kadang nafsu lebih berani dari hati...mempersoalkan keadilan Pencipta. Orang ni dapat, kenapa aku tidak diberikan..orang ni senang, kenapa aku disusahkan?..Orang ini dipermudahkan, kenapa aku di uji?...Nafsu mencabar hati supaya bersangka buruk pada Rab nya...


Tetapi hati yang mengenang jasa, ingatanya kuat, segan untuk mempersoalkan setelah Penciptanya menganugrahkan pelbagai nikmat, malu untuk melatah setelah temannya berjasa... malah HATI itu akan sentiasa bersyukur...

Friday, April 23, 2010

Marah itu jalannya.

Satu hari...setelah pulang ke rumah dari 'library' dalam keadaan penat aku ingin sempurnakan solat asar...sebelum mengangkat wuduk, aku masuk ke dapur dan kelihatan housmateku dengan baju baru dan aku dengan spontan :

aku:"baju baru eh?"..
dia:"cantik x?"...
aku:"lawa2"...
dia:"ye ye je ko lawa"...
aku:"kalau camtu baik ko xyah tanya" (dengan nada yang agak serius).

aku tetiba senyap dan "adakah aku sedang marah?" sekadar monolog dalaman. Penat bukanlah alasan untuk aku marah. Senangnya syaitan menghasut.. Mungkin syaitan berseronok dan ingin meneruskan agendanya. Aku segera berwuduk untuk solat.




Teringat aku pada cerita bila mana Ummul Mukminin Aisyah r.a difitnah. Terjadinya fitnah secara tidak langsung kepada Rasulullah, dan seluruh Umat Islam dan lebih berat lagi kepada Islam, agama yang diancam hebat ketika itu.

Abu Bakar sebagai pendokong kuat islam ketika itu, bapa mertua kepada Rasulullah dan ayah kepada Ummul Mukminin, puterinya, sepatutnya orang pertama yang harus melenting dan marah atas kejadian tersebut..

Ini bukanlah soal fitnah biasa seperti gossip-gossip murahan artis dan fitnah jenaka yang dianggap sebagai lawak, tetapi fitnah besar kepada Islam.

"Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya.

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya"
(asy syura 42: 36-37)

Marah dan Maaf berada diatas neraca pertimbangan Abu Bakar dan beliau bukan memilih untuk bertenang sahaja malah memaafkan. Maaf diberikan kepada siapa yang tidak layak baginya untuk menerimanya atas perbuatan salahnya.

Dari Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah saw:

"Berilah aku nasihat." Baginda menjawab, "jangan marah". Maka diulangnya beberapa kali, kemudian Rasulullah bersabda, "Jangan marah!"

(h.r Bukhari- Terjemahan hadis Arba'in Annawawi)


Betapa senangnya syaitan memasuki dan menjerat hati yang sedang marah.. kerana daripada marah bercambah kejahatan-kejahatan yang lain. Marah dan bertenang ketika sedang marah bukanlah benda yang senang apatah lagi MEMAAFKAN tetapi itulah orang yang dijanjikan nikmat disisi Allah.


Sama-sama mengawal kemarahan dan terus menghamburkan kemaafan.




Friday, January 22, 2010

Semua Kebaikan Adalah Sedekah...










Abu Malik Al Harith Al Asy'ari ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda,

"Kesucian adalah sebahagian daripada iman,



Alhamdulillah memberatkan timbangan,


Subhanallah walhamdulillah memenuhi ruangan langit dan bumi,


Shalat adalah nur,


Sadaqah adalah burhan(bukti yang nyata),


Sabar adalah pelita,


Al Quran adalah hujjah(pedoman) bagimu dan atasmu
(akan mendorongmu masuk syurga jika selalu menerapkan isinya ketika didunia).


Semua orang akan bekerja sampai menjual dirinya, sehingga menjadi merdeka atau celaka."

(h.r Muslim,Hadis Arbain An Nawawi)

Saturday, January 16, 2010

Cuba 'Call' Dia

Pukul 12.30 tengah malam (waktu di Prague- 7 pagi di Bachok Kelantan). Rindu padanya membuatkan aku menge'dial' nombor +6097767319..rumahnya tiada internet lagi2 'skype'.. Terkejut dia bila aku call dia..'Yid, mahal lah call jauh2'..haha..(murah sebenarnye dengan menggunakan smartvoip-0.01 euro seminit)..

Tanpa aku sempat tanya khabar nya, 'Yid, chat ko?'(dialek kelantan akan selalu digunakan sepanjang post)..haha betapa rindunya padaku.

Antara soalan-soalan yang ditanya olehnya:
'Makey gapo dok sano'(makan ape kat sane?)
'sokmo makey gapo'(selalunya makan apa)
'seney ko makanan hala?'(senang ke makanan halal?)
'masok sendiri ko?'(masak sendiri ke)
mungkin dia risau aku xcukup makan...

'Bilo nok balik'(bila nak balik)
'nok gapo2 ko, kalu nok, nok poh'(nak ape2 ke, kalo nak nak poskan)
'saing2 ok ko?'(member2 ok ke?)
'blaja lagu mano?'(blajar macam mane?)
'bilo nak balik?(soalan ni dah dua kali dia tanya..mungkin sebab sangat rindu)
'sano makey buoh gapo'(kat sane makan buah ape?-dia tahu aku sangat suka makan buah)
'tiket balik mahal ko?'(tiket balik mahal ke?)
'xsejok ko?ado demey2?'(xsejuk ke?ade demam2 x?)
'salji teba..xsakit2?'(salji tebal..xsakit2?)

banyak lagi soalan2 yang aku kena jawab...
kadang2 dia terdiam dan terdengar seolah-olah dia sebak...

sudah 2 jam berlalu...'Dah la Yid, maha neh..'(yid, dah2 mahal ni..)

Rupa2 nya dia sangat rindukan aku...cucunya..

Kita selalu skype, call, msg parents..tp kadang2 terlupa ada orang yang sangat rindukan cucu mereka..lagi2 cucu yang jauh darinya..

p/s: Bagi yang masih ada nenek dan datuk 'Cuba call die'....dan kamu akan tahu betapa rindunya mereka pada kita.

Wednesday, January 6, 2010

'We love Jesus as well'

Keluar dari lecture hall anatomy terdengar seseorang melontar kata 'I want to marry Muslim girl'.
Aku menoleh, owh..rupa-rupanya itu suara seorang budak Botswana (Cristian) berkulit hitam manis (Allah yang menciptakan kepelbagaian) dibelakangku. Kata-kata tadi memang ditujukan kepadaku..
Aku senyum. Kami mula berbual-bual tentang puasa dan aku cuba menjawab soalan2 yang ditanya..aku memberikannya peluang (memuaskan hatinya) untuk berkongsi tentang 'Jesus" yang disalib. kelihatan, dia sangat menghargai cinta yang ditabur oleh 'Jesusnya'.

Setelah mendengar panjang lebar ceritanya, aku menokok. 'cerita kita berbeza sedikit, Jesus dalam Islam diangkat kelangit oleh Allah'.. Dia cepat2 mencelah, 'so your god is Allah (dengan pelat yang sangat pelik)'.. aku dengan yakin, 'Yes!'.. 'the one who create you and Jesus' tambahku.
Belum sempat dia bertanya lagi aku dengan sebak (sebab belum pernah mengucapkannya) 'We love Jesus as well'..'as he is one of the Prophets send by Allah to guid the human beings'.. Dia mengangguk dan menambah untuk mempastikan lagi kefahaman (yang dia dapat dalam masa 10 minit lalu) 'So Jesus is the prophet and our god is Allah?'...aku senyum dan 'Yes!!'..jawapan yang membuatkan dia diam untuk seketika..........seketika yang panjang........


p/s: hidayah milik Allah. Dialah yang memberikannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki...

Monday, December 7, 2009

Mr Epiglottis

Pejam celik-pejam celik dah hampir 4 bulan saya belajar anatomy..dah banyak topik yang dah 'cover'... dari bones, ke muscle, ke nerves, ke vessels, ke skull, dan hari ni lecture digestive system..ataupun sistem pencernaan.

Hari ni lecture anatomy tidak seperti biasa, prof Halata membuka fikiran segelintir muslim yang 'perasan' hikmah sunnah Rasulullah.

'The epiglottis guards the entrance of the glottis, the opening between the vocal folds. It is normally pointed upward during breathing with its underside functioning as part of the pharynx, but during swallowing, elevation of thehyoid bone, draws the larynx upward; as a result, the epiglottis folds down to a more horizontal position, with its upper side functioning as part of the pharynx. In this manner it prevents food from going into the trachea and instead directs it to the esophagus, which is more posterior.' kata profesor Halata.

Dan dia menokok,

'that's why we do not talk while eating, to avoid the food from entering the trachea (organ pernafasan)' dan segelintir pelajar yang ingat itu adalah lawak gelak terkulat-kulat.