Friday, February 27, 2009

BLoody Sorry...

Dub. Dub. Dub… Kencang. Jantung aku kuat mengepam darah ke seluruh tubuh yang sekarang berada di atas katil penderma darah. Kak Meha, seorang jururawat India berada di sebelah aku. Manis senyuman dia. Muka dia tampak sangat merisaukan. Beberapa kali beg darah yang ¾ penuh dibelek-belek. ‘darah slow sangat la boy’. Penuh dengan nilai seorang jururawat, dia tersenyum tetapi kerisauannya tidak boleh disorok. ‘kita kene stop kejap lagi, darah sangat slow you dah 30 minit kat atas katil ni, bahaya kalau lama-lama’… Kak Meha blah.. ok fine, aku setia di atas katil, tunggu arahan seterusnya..

Datang seorang nurse Melayu, agak gempal badannya. Tiada senyum sedikit pun, jauh bezanya dengan Kak Meha. Dia belek-belek jarum yang besar di lenganku. ‘dik, darah dah tak keluar dik’. Dia menarik jarum yang besar tu dari vena aku. Sakit menjalar dalam lenganku. Dengan yakin dan konfiden dia mencucuknya kembali ke dalam otot aku. Aku dengan tidak malu menjerit, ‘akak, sakit! Sakit! Sakit!’ Rupa-rupanya bius telah habis! Panic. Keadaan jadi kelam kabut kejap. Kak Meha datang. ‘awak dah tersalah cucuk, tu bukan vena, tapi muscle dia, ni dah bengkak’ dia terus jerit, ‘Trombos!!’ Doktor datang berlari anak. Lengan aku membengkak. Bengkak dan terus membengkak. Tuhan sahaja yang tau sakitnya. Aku tiba-tiba rasa nak muntah. Aneh. Sebelum ni aku tak pernah jadi macam ni. Pening pun tak. Tapi kali ni aku pening, muka Kak Meha berbalam-balam. Tercungap-cungap. Mata aku kabur. Aku tak sedar, dan nurse-nurse pun tak sedar, darah mengalir laju keluar dari lubang jarum kat lengan aku. Doctor dengan cuak menjerit, ‘Hematoma!!’ . apa tu?? Aku bingung. ‘Ais please’ dia menjerit lagi. ‘dik your blood pressure now is very2 low’. Darah menitik di atas lantai. Lengan aku memang dari tadi di basahi darah. Nurse Melayu yang tersilap cucuk tadi sedikit geram bertanya ‘dik, pening tak?’ Aku hampir tidak boleh bercakap. ‘dik!pening ke tak?’. Dia meninggikan suara. Dalam hati aku sedikit mencemuh ‘dah la buat lengan aku bengkak, nak marah-marah pulak’. Optimis. Mungkin dia penat.. seharian bekerja..lagipun waktu tu dah pukul 4.30 petang.. aku makin recovered. Tapi lengan masih membengkak. Rupa-rupanya, Nurse Melayu tadi tersalah cucuk, bukan vena, tp muscle aku.. dan waktu itu, menurut doctor, bius sudah tak berkesan. Patut la..sakit tak tertahan. Aku dapat rasakan jarum besar tu mencucuk muscle aku tanpa dibius. Itu satu pengalaman yang menakjubkan..

KESILAPAN tetap akan berlaku jika itu adalah TAKDIR..tetapi bagaimana kita MANUSIA menangani dan menilai kesilapan itu adalah satu yang perlu dipersoalkan. Ringankanlah LIDAH untuk menagih KEMAAFAN...

Saturday, February 21, 2009

BUSUKnya..

Sunyi. Tiba-tiba bau sebusuk bangkai semerbak memenuhi ruang. Aku lemas dalam bau itu. Busuknya hanya Allah yang tahu. Mungkin tidak disedari oleh teman yang lain. Aku melihat air mukanya berubah. Kusam dan aku arif akan asbabnya. Atau anugerah Tuhan, menghadiahkan aku hati yang sangat peka dengan persekitaran. Sangkaan buruk sebenarnya mengundang dosa dan cela. Aku arif akan itu. Bukan itu kali pertama. Kesenangan orang lain dipandang sebagai satu ancaman. Ingatlah teman, Tuhanmu Maha Pemurah, Ar-Rahman tidak akan membiarkanmu terkapai-kapai dalam kenikmatan orang lain. Kita juga dianugerahkan nikmat yang serupa. Mengapa kita persoalkan? Mungkin hati kita buta.

Bau busuk itu menikam deriaku lagi. Adakah kamu tidak bersyukur? Atau kamu merasakan dirimu mulia untuk menerima segala-galanya?? Busuknya bertebar memenuhi hati, menjalar hingga tampak diwajahnya. Ingatlah, ada azab yang khusus buat siapa yang merasakan dirinya mulia… jelas azab Tuhan, jelas. Allah telah berfirman:

‘Sungguh pohon zaqum itu,
Makanan bagi orang yang banyak dosa.
Seperti cairan tembaga yang mendidih di dalam perut,
Seperti mendidihnya air yang sangat panas.

“ Peganglah dia, kemudian seretlah dia sampai ke tengah-tengah neraka,
Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya azab air yang sangat panas.”

“Rasakan, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang perkasa lagi mulia.”

Sungguh, inilah azab yang dahulu kamu ragukan.’

( ad-Dukhan: 42-50)

Sebenarnya hati kita tenat. Bau bangkai yang merebak disebabkan ia tidak dirawat. Penawarnya, bersyukurlah dengan apa yang ada. Redhalah dengan pemberian Tuhanmu. Serulah namanya jika kamu buntu. jangan biarkan spora itu merebak dan melumut di pangkal hatimu. Jangan biarkan bau itu menghancur luluhkan isi hidung temanmu. Kerna…bau itu ialah HASAD dan DENGKI yang melekat dalam hatimu. Jagalah daging yang disabdakan oleh Rasulullah sebagai penentu baik buruknya seluruh anggota.


Salam cinta kepada hati yang memiliki ketenangan dan kesejahteraan. Takutlah kita kepada ancaman tuhan. Ikramkan lah saudaramu. Jauhilah HASAD, DENGKI, IRI, dan perasaan tidak menyenagi akan NIKMAT yang dianugerahkan kepada orang lain.

DENGKI HANYA MEMAKAN DIRIMU WAHAI TEMAN…

Tuesday, February 17, 2009

GADIS KECILku

Perempuan dan Alamnya. Buku itu aku letak kembali di rak bersama-sama susunan buku yang lain. Tiada yang terlintas di benakku kecuali wajah GADIS KECILku...

Langkahmu ke depan akan membuatkanmu dewasa dengan dunia. Kau sebenarnya gadis yang manis. Berani dan pintar. Kelak, kau akan menyertai dunia perempuan yang sebenar. Pada masa itu, kau akan tahu betapa banyaknya batas-batas untukmu. Yang sememangnya tiada peluang dan tidak halal bagimu melangkahnya. Tapi kau tidak perlu takut GADIS KECILku. Kelemahan itu bukan tabu buatmu. Itu adalah fitrah. Tetapi juga anugerah buatmu.

Jujunglah maruahmu wahai GADIS KECILku. Aku mahu itu. Dan aku yakin denganmu. Langkahlah perlahan-lahan di atas bumi tuhan ini dengan waspada. Atur langkahmu sebaik-baik atur. Tapi kamu tidak perlu bimbang kerana kamu berada di samping Sebaik-baik Pengatur. Jagalah mahkotamu. Aku harap kamu sedar akan itu.

Jagalah kesucianmu seperti bayi yang selalu wangi dengan kesuciannya. Sempurnakanlah auratmu. Susunlah kata-katamu. Lantang suaramu bukan untuk diperdengarkan kepada dunia. Letakkan kebijaksanaanmu ditempat yang sepatutnya. Belajarlah daripada umat disekelilingmu. Yang buruk dan cela direnyuk dan dibuang jauh. Kendonglah kebaikan yang kelak dia akan mengendongmu kembali. Jagalah senjata paling tajam pada dirimu kerna ia tanpa belas kasihan akan membinasakan. Ia adalah lidah. Bukalah hatimu wahai GADIS KECILku seluas-luasnya, semoga kemaafan keluar menghambur tanpa dipinta. Aku hanya bisa memohon kepada Yang Berhak keatasmu supayan melimpahkan kurinia

Ketahuilah, aku kagum dengan mu wahai GADIS KECILku…

Thursday, February 12, 2009

SURVIVE or DIE

The real IB...
Lot of new things I gained here, started from the first step to class when I was in year 1. ‘Everybody seems genius and smart plus so-called intellectual’. Those words were uttered to my mum when she accompanied me to my room, on the first day in kmb. And she said… ‘They also felt the same when they look at you’. I just smiled and hopefully so…
Now I know… what the real international baccalaureate is. It is hard, awkward and tough as I thought before. Now I am in sem 4, my last minutes in this demanding KMB. Kind of struggling for the final…either survive or die. I will get one… I just hopping that God will situate my spirit and gum it at the cage of my heart..