Tuesday, February 17, 2009

GADIS KECILku

Perempuan dan Alamnya. Buku itu aku letak kembali di rak bersama-sama susunan buku yang lain. Tiada yang terlintas di benakku kecuali wajah GADIS KECILku...

Langkahmu ke depan akan membuatkanmu dewasa dengan dunia. Kau sebenarnya gadis yang manis. Berani dan pintar. Kelak, kau akan menyertai dunia perempuan yang sebenar. Pada masa itu, kau akan tahu betapa banyaknya batas-batas untukmu. Yang sememangnya tiada peluang dan tidak halal bagimu melangkahnya. Tapi kau tidak perlu takut GADIS KECILku. Kelemahan itu bukan tabu buatmu. Itu adalah fitrah. Tetapi juga anugerah buatmu.

Jujunglah maruahmu wahai GADIS KECILku. Aku mahu itu. Dan aku yakin denganmu. Langkahlah perlahan-lahan di atas bumi tuhan ini dengan waspada. Atur langkahmu sebaik-baik atur. Tapi kamu tidak perlu bimbang kerana kamu berada di samping Sebaik-baik Pengatur. Jagalah mahkotamu. Aku harap kamu sedar akan itu.

Jagalah kesucianmu seperti bayi yang selalu wangi dengan kesuciannya. Sempurnakanlah auratmu. Susunlah kata-katamu. Lantang suaramu bukan untuk diperdengarkan kepada dunia. Letakkan kebijaksanaanmu ditempat yang sepatutnya. Belajarlah daripada umat disekelilingmu. Yang buruk dan cela direnyuk dan dibuang jauh. Kendonglah kebaikan yang kelak dia akan mengendongmu kembali. Jagalah senjata paling tajam pada dirimu kerna ia tanpa belas kasihan akan membinasakan. Ia adalah lidah. Bukalah hatimu wahai GADIS KECILku seluas-luasnya, semoga kemaafan keluar menghambur tanpa dipinta. Aku hanya bisa memohon kepada Yang Berhak keatasmu supayan melimpahkan kurinia

Ketahuilah, aku kagum dengan mu wahai GADIS KECILku…

1 comment: