Tuesday, June 23, 2009

Jaulah di Klate- Air syrup sunquick, nasi minyak dan pinggan dibasuh.



Geng Jaulah ‘The beginning of the End’ (ramai geng jaulah sendiri tak tahu nama atau tema jaulah…hehe) yang meletakkan ukhwah dieratkan sebagai objektif utama jaulah telah memulakan jaulah semalaya di Negeri Cik Siti Wan Kembang yang penduduknya ‘berkembang’ sehingga sekarang. Aku (payid_farid nazmi) diberi mandat oleh rakan-rakan untuk menjadi tuan rumah pertama. Pukul 3.30 06 Jun 2009 pagi, Faezuddin selaku Amir Jaulah, Luqman Bahar, Apez Karim, Hakha dan Pejol selamat tiba di Terminal Kota Bharu setelah diberi ‘ujian kesabaran’ selama lebih 10 jam terperangkap dalam perjalanan ke Kota Bharu. Mujahadah, teman.

Sebenarnya, pada 06 jun 2009 tu juga adalah hari bersejarah bagi makcik aku ( yang mama amik dia dari ibu tiri mama semasa baby lagi dan dibesarkan bersama-sama kami) yang disayangi, melangsungkan walimah, kenduri atau orang klate panggil ‘bekwoh’ di rumah aku… mereka tak sempat menyaksikan upacara akad nikah pada malam 05 Jun 2009. Ada yang koyak…

Pagi 06 jun tidaklah bz… kami buat kerja-kerja ringan. Faez, pejol, luqman, dan hakha tak sabar-sabar untuk beramal sementara aku ngan apez ke sana ke mari naik motor memacak bunga mangga tunjuk arah rumah pengantin. Kenduri ni tak pakai Catering, penat ‘sikitlah’ nanti deme.

Pukul 10.00 jejaka-jejaka ni mencuba kepakaran membancuh air syrup sunquick. Meja disusun, kerusi diatur, gelas dilap, air dibancuh lagi, dan…gulai kawah telahpun masak! Pukul 12.00 orang ramai yang datang bergotong royong memenuhi canopy. Merasai hidangan yang disediakan oleh mereka dan isteri-isteri mereka. Menu?? Gulai kawah, nasi putih, nasi minyak, ayam masak rempah, acar timun, bledo (atau luqman panggil lengkong), sambal bilis, timun china dan sambal. Pejol tak habis-habis kata lauk gulai kawah terbaek. Mana taknya, air tangan orang yang melapah dan menyiang daging dah berapa orang, yang basuh daging berapa orang, yang buat gulai berapa orang, masuk pulak tempias orang buat lawak dan gelak tawa ditepi kawah dah berapa orang… memang la sedap gulai tu. Tapi pejol kata sangat sedap. Ha. Tu mungkin sebab deme IKHLAS…

Waktu tu la kerja hakiki diorang stat… penat membasuh pinggan mangkuk, mencuci mengelap gelas, memunggah gelas dan pinggan yang dah digunakan… kerja, beramal, berkebajikan, sampailah ke waktu asar… sangat penat. Semoga Allah merahmati jasa baik tuan-tuan. Sempat lagi merasa ‘Akok’ sesambil membasuh pinggan. Dauh (mape), Matyie (member MRSMPT) dan Zubir datang. Zubir yang datang dari jauh join secara sukarela mencuci pinggan. Tq bro. Bagi akhawat yang datang, terima kasih-Aisyah, Asma’, dan Sarah dan lain-lain. Member-member 6JAYA (S.K Sering) yang memenuhi undangan- apih, yen, rawaida, eshah, aini, khairiyah, dan lain-lain, tq kalian.

Aku rasa, jaulah yang paling memenatkan antara semua destinasi jaulah- kat rumah aku. Kesilapan aku membeli tiket menyebabkan diorang terpaksa berangkat awal… pagi 07 jun 2009 sempat juga pusing-pusing keliling kampong aku. Aku, luqman n faez membonceng 1 motor… pejol ngan hakha 1 motor… sebagai penutup jaulah di Kelantan, diorang dihidangkan dengan nasi kerabu yang ‘dibuat’ oleh mape di rumah dia. Dan diorang meneruskan bermusafir ke pulau pinang, meneruskan jaulah…mengikat tali ukhwah antara ikhwah dan keluarga. Semoga kalian mendapat ganjaran yang setimpal. Terima kasih dari aku buat kalian.

5 comments: