Tuesday, June 23, 2009

Rindu…

Panjangnya cuti…

dulu, ramai antara kita yang terkial-kial menunggu tibanya hari terakhir final IB exam (bagi student KMB)… maklumlah, tak tahan membawa kepala yang sudah besar sarat dengan ilmu katakan… ilmu falsafahnya, ilmu keusahawanan dan ekonominya, ilmu berbahasa dan berpujangganya, ilmu bersosial dan menabur amal yang ‘ikhlasnya’… bak kata makcik koop, duk KMB membentuk peribadi…cewah! Betol2 kata makcik… betullah… terkulat-kulat meminta sign warden untuk clearance asrama sebelum balik… nasib baik abang Edi (warden Blok B) baik. Hek3… lepas jugak kami (Bilik B123).

Sekarang dah hampir sebulan cuti berjalan. Merangkak. Inilah ujian yang disabdakan Rasulullah, ingat lima perkara sebelum datangnya lima perkara, salah satunya lapang sebelum sempit. Suasana KMB boleh dikatakan Islamik. Boleh la…sekurang-kurangnya mendorong umat Muhammad sebagai penghuninya untuk sentiasa beristiqamah melakukan ibadah dan memastikan diri mentarbiyah dan ditarbiah. Terlatih subuh berjemaah, dhuha diperuntukkan masa, solat zohor asar beramai-ramai, quran ramai yang mendampingi, terjemahan dan tafsir dibelek-belek dan sesetengahnya diamalkan, dijadikan modal untuk tazkirah, sunnah yang digemari Rasul tercinta dilakukan secara berjemaah macam puasa, salam, qiammullai… zikir pagi dan petang diamalkan, dan islam dengan mudah, tenang, dengan bersemangat dan redha dijadikan ‘way of life’. Kadang-kadang ‘keluar’ kolej mencari input dan menyediakan diri dan hati untuk ditarbiah seperti keluar ke Masjid sekitar, daurah dan macam-macam nama panggilan lagi. Sentiasa terasa dekat dengan Yang Maha Penyayang yang Maha Dekat. Bersemangat!!! Melaungkan doa Wahdah..mengeratkan ukhwah, membaja persahabatan menaiki sampan bersama-sama mudik di muara dan semua telah dirasai.

Dan sekarang waktu cuti!... yey! Cuti!! ‘Aku boleh buat ape sahaja yang dulu aku tangguh-tangguh’ ‘game tu game ni yang aku amik dari mamat tu tak stat main lagi’ ‘citer, movie best yang aku sedut kat si Din boleh la tengok nanti’ ‘cuti katakan’ ‘tempat tu tempat ni boleh la pegi’…

Sebenarnya cuti yang ingin dipenuhi oleh sesetengah antara kita kadang-kadang dirasakan kosong.
Ampunilah dosa hamba-hambaMu yang tidak dapat beristiqamah wahai Tuhan yang sentiasa membolak balikkan hati, Tuhan yang memegang kudrat hambaNya, berilah kekuatan pada kami untuk meneruskannya… Apakah benda yang paling sukar untuk dilakukan didunia ini????
Ia ialah beristiqamah.

Semoga kita merindui kehidupan yang ‘hectic’ itu… yang ketat dan sendat dengan amalan untuk mencari redha Allah.

3 comments: