Monday, December 7, 2009

Mr Epiglottis

Pejam celik-pejam celik dah hampir 4 bulan saya belajar anatomy..dah banyak topik yang dah 'cover'... dari bones, ke muscle, ke nerves, ke vessels, ke skull, dan hari ni lecture digestive system..ataupun sistem pencernaan.

Hari ni lecture anatomy tidak seperti biasa, prof Halata membuka fikiran segelintir muslim yang 'perasan' hikmah sunnah Rasulullah.

'The epiglottis guards the entrance of the glottis, the opening between the vocal folds. It is normally pointed upward during breathing with its underside functioning as part of the pharynx, but during swallowing, elevation of thehyoid bone, draws the larynx upward; as a result, the epiglottis folds down to a more horizontal position, with its upper side functioning as part of the pharynx. In this manner it prevents food from going into the trachea and instead directs it to the esophagus, which is more posterior.' kata profesor Halata.

Dan dia menokok,

'that's why we do not talk while eating, to avoid the food from entering the trachea (organ pernafasan)' dan segelintir pelajar yang ingat itu adalah lawak gelak terkulat-kulat.


Friday, September 25, 2009

Prague

Czech. Prague. Ketibaan yang disambut oleh musim luruh memang menakjubkan... angin yang membawa hawa dingin yang kering membuatkan aku terasa kagum dengan ciptaanNya... manusianya mentampakkan keagungan Yang Maha Pencipta. Gadis2 diukir dengan kejelitaan dan jejaka2 seolah2 , menunjukkan kesempurnaan. tambahan Prague dijulang dengan keunikan senibina yang seolah-olah berada di dunia khayalan (gambar akan disertakan dalam post yang lain). kemegahan gereja dan istana adalah satu simbol peradaban yang sangat membanggakan manusia.

Tetapi disebalik keindahan, peradaban, kecantikan, kesempurnaan....

Aku temukan kesusahan,kesunyian, kerinduan, keazaman, mujahadah, dan yang mengubat hati kita adalah
'Tuhan itu satu".

Monday, August 31, 2009

RAMADHAN VS OGOS

Assalamualaikum wbt....(dan salam satu Malaysia..huhu-macam mana nak jawab??)
Ditakdirkan Allah ramadhan tahun ini jatuh dalam bulan Ogos..
bulan kemerdekaan...
Ramadhan dijanjikan oleh Allah dengan keberkatan dan rahmat... semua orang dah tahu...syaitan sudah dibelenggu...persoalan yang bermain d benak aku ialah,
adakah betol-betol jiwa aku ni rasa merdeka??
soalan ini patut saudara-saudara pantulkan balik pada diri kita...
samalah dengan negara, penjajah telah jauh dan lame meninggalkan kita tapi, apa yang ditinggalkan ialah sistem-sistem dan amalan-amalan yang ada bau barat ataupun mana-mane penjajah...
reflex balik pada hati..
dahulunya sangat-sangat bersih, tiada sebarang cela...
tp apabila usia meningkat, dijajah syaitan iblis laknatullah, jiwa dan nafsu terkesan...sesetengah nafsu kita bersahabat dengan syaitan, ada yang melawan, ada yang diperhambakan, ade yang berperang..
..macam macam...
dahulunya (sebelum puasa) nafsu kita macam mane??dan waktu puasa, yang sepatutnya nafsu yang merdeka itu kembali kepada yang hakiki tetapi masih tidak malu melakukan dosa...itulah nafsu yang dah didik elok, diasuh molek, diajar baik oleh sahabatnya...
bertuahlah siapa yang punyai nafsu yang memang terasa merdeka, jiwa terasa bebas di dalam Ramadhan ini... yang membenarkan jasad tuannya tunduk dan patuh pada Penciptanya...

Tuesday, June 23, 2009

Apa kata…

Ramai yang merungut, cuti yang panjang memberi peluang kepada lemak, daging, dan darah untuk tumbuh subur menyebabkan ada bahagian-bahagian yang tidak dijangka dan tidak diingini membesar… tapi bila makan, perut sudah penuh tetapi mulut masih meminta…maklumlah, dah lama tak makan masakan mak…apa kata… kita kongsi kenikmatan yang kita kecapi dengan orang yang sangat sangat memerlukan. Macam mane??

Anda pun tahu, mungkin lebih arif dari saya, sedekahkan sedikit dari darah kalian untuk mereka yang sangat memerlukan. Alasan-alasan macam kat dalam tv memang selalu ditiru.. pernah seorang nurse cakap ‘kami (bank darah bergerak) hari-hari keluar mencari penderma tapi darah dihospital tidak pernah cukup’. Kalau seorang mujahid boleh menyedekah diri dan seluruh jiwanya membela islam, apa kata kita menyedekahkan satu pek darah untuk umat. Boleh…tak pernah ada orang meninggal akibat derma darah… saya turut menyampaikan seruan seorang nurse yang menyeru jiwa dan tubuh yang masih muda untuk menderma… tidakkah kita terfikir, darah kita mampu memberi peluang kepada seseorang menyambung kehidupan, dan darah itu terus mengalir untuk memberikan harapan?

Kalau berminat, segeralah ke hospital-hospital berdekatan. Sama-sama kita menderma, sama-sama berkongsi kenikmatan. (Bak kata akh Zul, ‘hidup lebih indah jika dikongsi’.)


p/s: kepada penderma darah, 14 jun ialah hari penderma darah sedunia…hehe..aku pun baru je tau.

Jaulah di Klate- Air syrup sunquick, nasi minyak dan pinggan dibasuh.



Geng Jaulah ‘The beginning of the End’ (ramai geng jaulah sendiri tak tahu nama atau tema jaulah…hehe) yang meletakkan ukhwah dieratkan sebagai objektif utama jaulah telah memulakan jaulah semalaya di Negeri Cik Siti Wan Kembang yang penduduknya ‘berkembang’ sehingga sekarang. Aku (payid_farid nazmi) diberi mandat oleh rakan-rakan untuk menjadi tuan rumah pertama. Pukul 3.30 06 Jun 2009 pagi, Faezuddin selaku Amir Jaulah, Luqman Bahar, Apez Karim, Hakha dan Pejol selamat tiba di Terminal Kota Bharu setelah diberi ‘ujian kesabaran’ selama lebih 10 jam terperangkap dalam perjalanan ke Kota Bharu. Mujahadah, teman.

Sebenarnya, pada 06 jun 2009 tu juga adalah hari bersejarah bagi makcik aku ( yang mama amik dia dari ibu tiri mama semasa baby lagi dan dibesarkan bersama-sama kami) yang disayangi, melangsungkan walimah, kenduri atau orang klate panggil ‘bekwoh’ di rumah aku… mereka tak sempat menyaksikan upacara akad nikah pada malam 05 Jun 2009. Ada yang koyak…

Pagi 06 jun tidaklah bz… kami buat kerja-kerja ringan. Faez, pejol, luqman, dan hakha tak sabar-sabar untuk beramal sementara aku ngan apez ke sana ke mari naik motor memacak bunga mangga tunjuk arah rumah pengantin. Kenduri ni tak pakai Catering, penat ‘sikitlah’ nanti deme.

Pukul 10.00 jejaka-jejaka ni mencuba kepakaran membancuh air syrup sunquick. Meja disusun, kerusi diatur, gelas dilap, air dibancuh lagi, dan…gulai kawah telahpun masak! Pukul 12.00 orang ramai yang datang bergotong royong memenuhi canopy. Merasai hidangan yang disediakan oleh mereka dan isteri-isteri mereka. Menu?? Gulai kawah, nasi putih, nasi minyak, ayam masak rempah, acar timun, bledo (atau luqman panggil lengkong), sambal bilis, timun china dan sambal. Pejol tak habis-habis kata lauk gulai kawah terbaek. Mana taknya, air tangan orang yang melapah dan menyiang daging dah berapa orang, yang basuh daging berapa orang, yang buat gulai berapa orang, masuk pulak tempias orang buat lawak dan gelak tawa ditepi kawah dah berapa orang… memang la sedap gulai tu. Tapi pejol kata sangat sedap. Ha. Tu mungkin sebab deme IKHLAS…

Waktu tu la kerja hakiki diorang stat… penat membasuh pinggan mangkuk, mencuci mengelap gelas, memunggah gelas dan pinggan yang dah digunakan… kerja, beramal, berkebajikan, sampailah ke waktu asar… sangat penat. Semoga Allah merahmati jasa baik tuan-tuan. Sempat lagi merasa ‘Akok’ sesambil membasuh pinggan. Dauh (mape), Matyie (member MRSMPT) dan Zubir datang. Zubir yang datang dari jauh join secara sukarela mencuci pinggan. Tq bro. Bagi akhawat yang datang, terima kasih-Aisyah, Asma’, dan Sarah dan lain-lain. Member-member 6JAYA (S.K Sering) yang memenuhi undangan- apih, yen, rawaida, eshah, aini, khairiyah, dan lain-lain, tq kalian.

Aku rasa, jaulah yang paling memenatkan antara semua destinasi jaulah- kat rumah aku. Kesilapan aku membeli tiket menyebabkan diorang terpaksa berangkat awal… pagi 07 jun 2009 sempat juga pusing-pusing keliling kampong aku. Aku, luqman n faez membonceng 1 motor… pejol ngan hakha 1 motor… sebagai penutup jaulah di Kelantan, diorang dihidangkan dengan nasi kerabu yang ‘dibuat’ oleh mape di rumah dia. Dan diorang meneruskan bermusafir ke pulau pinang, meneruskan jaulah…mengikat tali ukhwah antara ikhwah dan keluarga. Semoga kalian mendapat ganjaran yang setimpal. Terima kasih dari aku buat kalian.

Rindu…

Panjangnya cuti…

dulu, ramai antara kita yang terkial-kial menunggu tibanya hari terakhir final IB exam (bagi student KMB)… maklumlah, tak tahan membawa kepala yang sudah besar sarat dengan ilmu katakan… ilmu falsafahnya, ilmu keusahawanan dan ekonominya, ilmu berbahasa dan berpujangganya, ilmu bersosial dan menabur amal yang ‘ikhlasnya’… bak kata makcik koop, duk KMB membentuk peribadi…cewah! Betol2 kata makcik… betullah… terkulat-kulat meminta sign warden untuk clearance asrama sebelum balik… nasib baik abang Edi (warden Blok B) baik. Hek3… lepas jugak kami (Bilik B123).

Sekarang dah hampir sebulan cuti berjalan. Merangkak. Inilah ujian yang disabdakan Rasulullah, ingat lima perkara sebelum datangnya lima perkara, salah satunya lapang sebelum sempit. Suasana KMB boleh dikatakan Islamik. Boleh la…sekurang-kurangnya mendorong umat Muhammad sebagai penghuninya untuk sentiasa beristiqamah melakukan ibadah dan memastikan diri mentarbiyah dan ditarbiah. Terlatih subuh berjemaah, dhuha diperuntukkan masa, solat zohor asar beramai-ramai, quran ramai yang mendampingi, terjemahan dan tafsir dibelek-belek dan sesetengahnya diamalkan, dijadikan modal untuk tazkirah, sunnah yang digemari Rasul tercinta dilakukan secara berjemaah macam puasa, salam, qiammullai… zikir pagi dan petang diamalkan, dan islam dengan mudah, tenang, dengan bersemangat dan redha dijadikan ‘way of life’. Kadang-kadang ‘keluar’ kolej mencari input dan menyediakan diri dan hati untuk ditarbiah seperti keluar ke Masjid sekitar, daurah dan macam-macam nama panggilan lagi. Sentiasa terasa dekat dengan Yang Maha Penyayang yang Maha Dekat. Bersemangat!!! Melaungkan doa Wahdah..mengeratkan ukhwah, membaja persahabatan menaiki sampan bersama-sama mudik di muara dan semua telah dirasai.

Dan sekarang waktu cuti!... yey! Cuti!! ‘Aku boleh buat ape sahaja yang dulu aku tangguh-tangguh’ ‘game tu game ni yang aku amik dari mamat tu tak stat main lagi’ ‘citer, movie best yang aku sedut kat si Din boleh la tengok nanti’ ‘cuti katakan’ ‘tempat tu tempat ni boleh la pegi’…

Sebenarnya cuti yang ingin dipenuhi oleh sesetengah antara kita kadang-kadang dirasakan kosong.
Ampunilah dosa hamba-hambaMu yang tidak dapat beristiqamah wahai Tuhan yang sentiasa membolak balikkan hati, Tuhan yang memegang kudrat hambaNya, berilah kekuatan pada kami untuk meneruskannya… Apakah benda yang paling sukar untuk dilakukan didunia ini????
Ia ialah beristiqamah.

Semoga kita merindui kehidupan yang ‘hectic’ itu… yang ketat dan sendat dengan amalan untuk mencari redha Allah.

Thursday, May 7, 2009

setitis kasih tuhan..



selawat dan salam ke atas rasul junjungan..






salam ukhwah kepada ummah yang sentiasa dilanda ujian.

ingatlah itu petanda kasihnya Tuhan..
teruskanlah melangkah merintih setitis cinta kasih Tuhan.

Friday, February 27, 2009

BLoody Sorry...

Dub. Dub. Dub… Kencang. Jantung aku kuat mengepam darah ke seluruh tubuh yang sekarang berada di atas katil penderma darah. Kak Meha, seorang jururawat India berada di sebelah aku. Manis senyuman dia. Muka dia tampak sangat merisaukan. Beberapa kali beg darah yang ¾ penuh dibelek-belek. ‘darah slow sangat la boy’. Penuh dengan nilai seorang jururawat, dia tersenyum tetapi kerisauannya tidak boleh disorok. ‘kita kene stop kejap lagi, darah sangat slow you dah 30 minit kat atas katil ni, bahaya kalau lama-lama’… Kak Meha blah.. ok fine, aku setia di atas katil, tunggu arahan seterusnya..

Datang seorang nurse Melayu, agak gempal badannya. Tiada senyum sedikit pun, jauh bezanya dengan Kak Meha. Dia belek-belek jarum yang besar di lenganku. ‘dik, darah dah tak keluar dik’. Dia menarik jarum yang besar tu dari vena aku. Sakit menjalar dalam lenganku. Dengan yakin dan konfiden dia mencucuknya kembali ke dalam otot aku. Aku dengan tidak malu menjerit, ‘akak, sakit! Sakit! Sakit!’ Rupa-rupanya bius telah habis! Panic. Keadaan jadi kelam kabut kejap. Kak Meha datang. ‘awak dah tersalah cucuk, tu bukan vena, tapi muscle dia, ni dah bengkak’ dia terus jerit, ‘Trombos!!’ Doktor datang berlari anak. Lengan aku membengkak. Bengkak dan terus membengkak. Tuhan sahaja yang tau sakitnya. Aku tiba-tiba rasa nak muntah. Aneh. Sebelum ni aku tak pernah jadi macam ni. Pening pun tak. Tapi kali ni aku pening, muka Kak Meha berbalam-balam. Tercungap-cungap. Mata aku kabur. Aku tak sedar, dan nurse-nurse pun tak sedar, darah mengalir laju keluar dari lubang jarum kat lengan aku. Doctor dengan cuak menjerit, ‘Hematoma!!’ . apa tu?? Aku bingung. ‘Ais please’ dia menjerit lagi. ‘dik your blood pressure now is very2 low’. Darah menitik di atas lantai. Lengan aku memang dari tadi di basahi darah. Nurse Melayu yang tersilap cucuk tadi sedikit geram bertanya ‘dik, pening tak?’ Aku hampir tidak boleh bercakap. ‘dik!pening ke tak?’. Dia meninggikan suara. Dalam hati aku sedikit mencemuh ‘dah la buat lengan aku bengkak, nak marah-marah pulak’. Optimis. Mungkin dia penat.. seharian bekerja..lagipun waktu tu dah pukul 4.30 petang.. aku makin recovered. Tapi lengan masih membengkak. Rupa-rupanya, Nurse Melayu tadi tersalah cucuk, bukan vena, tp muscle aku.. dan waktu itu, menurut doctor, bius sudah tak berkesan. Patut la..sakit tak tertahan. Aku dapat rasakan jarum besar tu mencucuk muscle aku tanpa dibius. Itu satu pengalaman yang menakjubkan..

KESILAPAN tetap akan berlaku jika itu adalah TAKDIR..tetapi bagaimana kita MANUSIA menangani dan menilai kesilapan itu adalah satu yang perlu dipersoalkan. Ringankanlah LIDAH untuk menagih KEMAAFAN...

Saturday, February 21, 2009

BUSUKnya..

Sunyi. Tiba-tiba bau sebusuk bangkai semerbak memenuhi ruang. Aku lemas dalam bau itu. Busuknya hanya Allah yang tahu. Mungkin tidak disedari oleh teman yang lain. Aku melihat air mukanya berubah. Kusam dan aku arif akan asbabnya. Atau anugerah Tuhan, menghadiahkan aku hati yang sangat peka dengan persekitaran. Sangkaan buruk sebenarnya mengundang dosa dan cela. Aku arif akan itu. Bukan itu kali pertama. Kesenangan orang lain dipandang sebagai satu ancaman. Ingatlah teman, Tuhanmu Maha Pemurah, Ar-Rahman tidak akan membiarkanmu terkapai-kapai dalam kenikmatan orang lain. Kita juga dianugerahkan nikmat yang serupa. Mengapa kita persoalkan? Mungkin hati kita buta.

Bau busuk itu menikam deriaku lagi. Adakah kamu tidak bersyukur? Atau kamu merasakan dirimu mulia untuk menerima segala-galanya?? Busuknya bertebar memenuhi hati, menjalar hingga tampak diwajahnya. Ingatlah, ada azab yang khusus buat siapa yang merasakan dirinya mulia… jelas azab Tuhan, jelas. Allah telah berfirman:

‘Sungguh pohon zaqum itu,
Makanan bagi orang yang banyak dosa.
Seperti cairan tembaga yang mendidih di dalam perut,
Seperti mendidihnya air yang sangat panas.

“ Peganglah dia, kemudian seretlah dia sampai ke tengah-tengah neraka,
Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya azab air yang sangat panas.”

“Rasakan, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang perkasa lagi mulia.”

Sungguh, inilah azab yang dahulu kamu ragukan.’

( ad-Dukhan: 42-50)

Sebenarnya hati kita tenat. Bau bangkai yang merebak disebabkan ia tidak dirawat. Penawarnya, bersyukurlah dengan apa yang ada. Redhalah dengan pemberian Tuhanmu. Serulah namanya jika kamu buntu. jangan biarkan spora itu merebak dan melumut di pangkal hatimu. Jangan biarkan bau itu menghancur luluhkan isi hidung temanmu. Kerna…bau itu ialah HASAD dan DENGKI yang melekat dalam hatimu. Jagalah daging yang disabdakan oleh Rasulullah sebagai penentu baik buruknya seluruh anggota.


Salam cinta kepada hati yang memiliki ketenangan dan kesejahteraan. Takutlah kita kepada ancaman tuhan. Ikramkan lah saudaramu. Jauhilah HASAD, DENGKI, IRI, dan perasaan tidak menyenagi akan NIKMAT yang dianugerahkan kepada orang lain.

DENGKI HANYA MEMAKAN DIRIMU WAHAI TEMAN…

Tuesday, February 17, 2009

GADIS KECILku

Perempuan dan Alamnya. Buku itu aku letak kembali di rak bersama-sama susunan buku yang lain. Tiada yang terlintas di benakku kecuali wajah GADIS KECILku...

Langkahmu ke depan akan membuatkanmu dewasa dengan dunia. Kau sebenarnya gadis yang manis. Berani dan pintar. Kelak, kau akan menyertai dunia perempuan yang sebenar. Pada masa itu, kau akan tahu betapa banyaknya batas-batas untukmu. Yang sememangnya tiada peluang dan tidak halal bagimu melangkahnya. Tapi kau tidak perlu takut GADIS KECILku. Kelemahan itu bukan tabu buatmu. Itu adalah fitrah. Tetapi juga anugerah buatmu.

Jujunglah maruahmu wahai GADIS KECILku. Aku mahu itu. Dan aku yakin denganmu. Langkahlah perlahan-lahan di atas bumi tuhan ini dengan waspada. Atur langkahmu sebaik-baik atur. Tapi kamu tidak perlu bimbang kerana kamu berada di samping Sebaik-baik Pengatur. Jagalah mahkotamu. Aku harap kamu sedar akan itu.

Jagalah kesucianmu seperti bayi yang selalu wangi dengan kesuciannya. Sempurnakanlah auratmu. Susunlah kata-katamu. Lantang suaramu bukan untuk diperdengarkan kepada dunia. Letakkan kebijaksanaanmu ditempat yang sepatutnya. Belajarlah daripada umat disekelilingmu. Yang buruk dan cela direnyuk dan dibuang jauh. Kendonglah kebaikan yang kelak dia akan mengendongmu kembali. Jagalah senjata paling tajam pada dirimu kerna ia tanpa belas kasihan akan membinasakan. Ia adalah lidah. Bukalah hatimu wahai GADIS KECILku seluas-luasnya, semoga kemaafan keluar menghambur tanpa dipinta. Aku hanya bisa memohon kepada Yang Berhak keatasmu supayan melimpahkan kurinia

Ketahuilah, aku kagum dengan mu wahai GADIS KECILku…

Thursday, February 12, 2009

SURVIVE or DIE

The real IB...
Lot of new things I gained here, started from the first step to class when I was in year 1. ‘Everybody seems genius and smart plus so-called intellectual’. Those words were uttered to my mum when she accompanied me to my room, on the first day in kmb. And she said… ‘They also felt the same when they look at you’. I just smiled and hopefully so…
Now I know… what the real international baccalaureate is. It is hard, awkward and tough as I thought before. Now I am in sem 4, my last minutes in this demanding KMB. Kind of struggling for the final…either survive or die. I will get one… I just hopping that God will situate my spirit and gum it at the cage of my heart..

Friday, January 23, 2009

HATI

Hati..
Kadang-kadang aku hairan
adakah ia besar???
Sehinggakan setiap kali diisi tak pernah penuh...
Atau,
adakah ia kecil???
Sehinggakan ada yang muak jika diisi...
Mungkin bergantung pada apa yang diisi...

Bersyukurlah siapa yang punya hati,
yang tidak pecah jika diisi...

...dengan ketenangan
yang datang dari CINTAnya yang ikhlas pada ILAHI..





Tuesday, January 20, 2009

Dengan NamaMu

Dengan Nama Mu ya Ilahi..
pagi ni pukul 3 tepat blog first blog aku dipost. Aku hanya memohon daripada Yang Sentiasa Mengawasi gerak geriku,
agar blog aku tidak dicemari..oleh noda kedua tanganku sendiri. innamal a'ma lu bin niat. Aku mencita seribu satu kebaikan dari usahaku ini. Pimpinlah hambaMu yang lemah ini wahai Tuhan yang tidak lokek dengan Keredhaan..


Biarlah aku menjadi api
Pada damar yang menempel di dindingmu
Meski tak layak cahayaku
Menyamai Matahari-Mu
Sebab api di atas sumbu hanyalah jiwaku
Api yang tak benderang
Api yang kecil
Api yang selalu dipermainkan angin
Aku ialah api
yang menyala selama-lamanya untuk-Mu
Meski minyak telah kering pada sumbu~
(Matahari Di Atas Gilli-Lintang Sugianto)